Thursday, April 2, 2009

Perjuangan: Antara Kuantan dan Bukit Gantang



Esok bermulah cabaran final exam utk sem terakhir tahun 2. Buat sahabat-sahabat semoga berjaya. Sekali gagal bukan bermakna selamanya kita akan gagal. Sebenarnya, kegagalan mengajar kita ketabahan dan kecekalan untuk bangkit semula. Kegagalan juga sebagai tazkirah peribadi yang menuntut kita keluar dari kelalaian dan kecuaian. Semua orang mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang dilahirkan tanpa perlu berusaha banyak dan ada pula yang perlu berusaha lebih. Semuanya adalah perancangan Allah dan apa yang pasti Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Allah melihat pada usaha kita bukan pencapaian kita. Semua itu adalah hak Allah. Lihat, betapa hebatnya Allah. Subhanallah.

Meski, dalam final exam kali ini ada pilihan raya kecil Bukit Gantung. Pilihan raya ini sangat-sangatlah penting buat masa depan agama dan negara. Sedih dan geram tak dapat pulang ke Taiping utk bersama2 membantu berkempen pada pilihan raya kali ini. InsyAllah, hari isnin ini akan ramai pemimpin yang terkemuka yang akan turun ke Taiping dan Bukit Gantang- teringin untuk bersama mereka berkempen kerna Allah untuk agama, masyarakat dan negara. Teringat pada masa tahun 1999 dan 2004, menaiki basikal membawa bendera mengelilingi kawasan perumahan. Kali ini, seperti sebelum-sebelum ini, mak juga terlibat dalam proses pengundian dan mengira undi. Rumah kami terletak hanya 2km dari kawasan parlimen Bukit Gantang. Tapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan yang penting sekarang adalah memberi sepenuh tumpuan pada pelajaran dan final exam. Tak guna klau kita asyik berpolitik tapi akademik tak kemana-dan jangan taksub kepada mana-mana parti politik-kebenaran dan keadilan harus ditegakkan serta disokong manakala kesalahan perlu ditegur secara berhikmah dan dibawa berbincang- Islam adalah prinsip bukannya alat. Akademik adalah masa depan kita dan tanggung jawab sebagai pelajar adalah perkara utama untuk diberi perhatian dan semuanya perlu dilakukan dengan ikhlas kerna Allah. Niat yang bukan kerna Allah adalah sia2. Dan amanah yang diberikan ini perlu dilaksanakan dengan adil, bertanggungjawab dan bersungguh2.

Buat sahabat-sahabat-gudluck xm-doakan kejayaan kita bersama. Kita dah masuk kulliyyah farmasi bersama-sama dan insyAllah kita perlu grad bersama2. Ayuh, mari kita bersama2 berusaha bersungguh2, doa dengan ikhlas dan tawakal dengan yakin. InsyAllah, Allah akan bantu hamba-hambaNya.

Buat pengundi-pengundi di Bukit Gantang dan dua lagi pilihan raya kecil-semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah-selamat mengundi.

Maaf atas tersalah kata. Terima kasih kerna sudi membaca.

Monday, March 16, 2009

Amanah

Sepotong ayat Al-Quran yang menyentuh mengenai amanah;
surah al-ahzab (72);

Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunang; tetapi semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka kwatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikul amanah itu oleh manusia. Sesungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh,

semoga menjadi renungan buat kita semua.

sungguh berat keputusan yang diambil tapi itulah hakikatnya.

Sunday, March 15, 2009

Rehlah batch di Sg Pancing

Alhamdulillah rehlah batch kali ke-2 telah berjalan dengan amat baik dan seronok sekali walaupun dalam keadaan hujan. Tima ksh buat komiti kerna bersungguh-sungguh buat rehlah kali ni. Amat mengagumkan apabila setiap group ada trademark warna dan setiap aktiviti pun berdasarkan warna kumpulan.

Tima ksh juga buat team catering yang diketuai oleh matmin- telah bertungkus lumus menyediakan makanan sama ada sebelum, semasa dan selepas rehlah. Buat mereka yang terlibat dengan catering, banyak benda dah belajar-seperti mengenal pasti antara halia dan lengkuas. Lepas 2, sampai ada kepala paip sinki dapur rumah yang patah. Tapi apa yang paling penting rehlah kali ni amat-amat mengajar kita erti tolong menolong. Sambil tolong potong ayam-main PES jap.

Alhamdulillah setakat ni dah dua kali kita buat rehlah dan kedua-duanya dalam keadaan hujan.Mungkin ini untuk melatih kita bersedia dengan cuaca sejuk supaya kita biasa dengan keadaan lecture hall kita yang sentiasa sejuk.

Buat masa ni keputusan pemenang-pemenang rehlah kali ni masih belum dapat diketahui lagi..kabar angin-group oren yang menang.

InsyAllah lepas ni, kita boleh buat rehlah yang lebih baik lagi. Mungkin lepas ni kita boleh buat rehlah di Pulau Redang plak ke. Tahniah sekali lagi buat komiti dan tima kasih buat semua yang hadir. Objektif tercapai.

Friday, March 13, 2009

Berita Dari Perak

IPOH 9 Mac - Kerajaan negeri akan mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah di negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus dipertahankan dan diperkembangkan, kata Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurut beliau, usaha berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan rakyat mendapat peluang yang lebih luas untuk mengikuti pengajian dan menghafaz al-Quran.

''Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah.

''Buat masa ini tidak semua daerah mempunyai pusat tahfiz al-Quran, jadi kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat itu di semua daerah di seluruh negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus terbela," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul, pelancaran bulan dakwah dan penyampaian hadiah majlis hafazan peringkat negeri di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Zambry pada masa sama memberitahu, kerajaan negeri akan memberi perhatian serius bagi memastikan setiap masjid dan surau yang sudah uzur dapat diperbaiki.

Beliau yang telah melawat beberapa buah masjid berkata, peruntukan khas bagi usaha itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Negeri supaya umat Islam dapat menjalankan ibadah dengan lebih selesa.

''Sehingga kini kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan lebih RM350,000 bagi membaik pulih Masjid Trong, Masjid Sultan Yusuf di Gunung Rapat dan sebuah masjid di Parit Buntar.

''Mana-mana masjid yang perlu diperbaiki akan diberi peruntukan itu kerana kerajaan negeri mahu memastikan setiap masjid dan surau sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz berkata, kawasan yang bakal mempunyai pusat tahfiz ialah Kerian, Manjung, Kampar, Lenggong, Gerik dan Kampung Gajah.

Katanya, pusat tahfiz itu akan diwujudkan secepat yang mungkin kerana ia merupakan perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri buat masa ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mac 2009

Datuk Dr. Zambry pernah menjadi ahli ABIM.

Wednesday, March 11, 2009

Pulang ke Taiping

Alhamdulillah hujung minggu lepas aku berjaya pulang ke kampung halaman-taiping setelah sekian tak berpeluang untuk pulang. Bertemu terutamanya mak abah, adik2, keluarga yang dirindui dan umumnya rakan-rakan seratas dan masyarakat di taiping, semanggol,bukit gantang, kuala kangsar dan ipoh membangkitkan kembali semangat untuk menyemarakkan perjuangan. Kerana jalan yang ingin aku pilih ini bukanlah jalan-jalan biasa. Aku tak mahu akan jalan-jalan biasa. Melihat orang-orang yang kita sayang akan mampu menguatkan semangat kita untuk kekal berjuang di jalan Allah.

Pulang ke taiping pada hujung minggu lepas tersangat-sangatlah penting kerna aku dapat merasakan aku akan menghadapi dugaan-dugaan yang besar seminggu dua lagi. Simptom-simptom dugaan itu sudah kelihatan sejak minggu lepas lagi. Mungkin dugaan- dugaan serta kepahitan ini adalah sebagai tazkirah kehidupan diatas dosa-dosa kelalaian dan kelekaan ataupun dugaan-dugaan ini adalah sebagai persediaan membentuk jiwa lebih yang kental, hati yang cekal untuk menghadapi masa depan yang amat mencabar.

Bukan aku tak pernah jatuh, malah kehidupan di seratas dan taiping telah banyak mengajar erti-erti kehidupan. Pengalaman belajar di Seratas- SEKOLAH MENGENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH-yang terletak di kaki bukit larut, ditemani bintang Zurule pada kedudukan 1719o – 1917o, cikgu-cikgu yang dikasihi,rakan-rakan yang amatlah membantu. Jika aku tidak berada di sana, tak mungkin aku akan berada di sini. Suasana di sini amatlah berbeza dengan suasana di sana kerna di sini memerlukan metod-metod dan strategi-strategi baru. Ya, betul..kita perlu berubah seiring dengan perubahan zaman tapi tanpa mengenepikan nilai-nilai Islam.

Masa untuk berehat telah sampai sebagai persediaan menghadapi bukan jalan-jalan biasa. Bila dah terlalu lama kita berlari, kita akan penat dan kita perlu berehat sekejap sebagai persedian untuk berlari lebih jauh dan lebih laju. Sebagaimana, tidur sekejap disiang hari yang mampu membangkitkan diri bertahajud di waktu malam. Alhamdulillah perancangan Allah itu adalah yang terbaik.