Wednesday, June 10, 2009
Demokrasi dan politik
Assalamualaikum..
Tima ksh buat semua yg sentiasa memberi sokongan.
Alhamdulillah kebetulan ada sedikit masa yang senggang ini, sedikit coretan buat semua.
1. Kemampuan sesuatu parti politik untuk menarik dan mendapat sokongan rakyat adalah bergantung kepada kemampuannya untuk membentuk perspektif bahawa parti itu adalah yg terbaik serta sentiasa berjuang utk rakyat dan lawannya adalah sentiasa salah.
Maknanya, semakin kuat perspektif positif rakyat kepada sesuatu parti itu, semakin kuat sokongan terhadap parti politik tersebut.
2. Tetapi sebenarnya jika kita ingin mencari kebenaran parti politik mana yang terbaik kita tidak boleh bergantung pada perspektif yang dibentuk oleh parti tersebut. Kerna mungkib dari segi perspektif parti itu betul tapi sebenarnya ia mempunyai agenda yang sangat mendalam dan membahanyakan.
3. Sekiranya kita terus menyokong dan mengundi secara membuta tuli, kemungkinan besar parti yang tidak sepatutnya memerintah akan menang dalam sesuatu pilihan raya.
4. Demokrasi secara total tidak akan menjamin keadilan dan kebenaran dapat ditegakan. Kerna dalam demokrasi, parti yg berjaya membentuk perspektif yang positif akan berjaya memenangi hati rakyat, biarpun parti itu tidak layak undi diundi.
5. Amerika dan indonesia adalah contoh negara yang mengamalkan demokrasi secara total. Filem Conspiracy 13 menunjukkan bahagian gelap demokrasi. Pihak yang salah berjaya memenangi pilihan raya kerna berjaya membentuk perspektif parti lawannya adalah jahat, zalim. Manakala, dalam buku; 'Belajar dari Dua Umar: kenyangkan perut rakyat', penulis menceritakan kemampuan pihak-pihak musuh yang mampu memerintah melalui demokrasi secara total. Saya mencadangkan anda menonton filem dan membaca buku tersebut.
6. Biasaya demokrasi secara total melibatkan pemilihan presiden sesebuah negara sebagai pemimpin tertinggi dalam pemerintahan negara. Malaysia mengamalkan demokrasi yang raja berpelembagaan- dimana sultan adalah ketua negara. Kini, memang sudah terdapat usaha oleh pihak-pihak yang tertentu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara total.
7. Sebenarnya peranan Sultan adalah amat besar dalam menjamin kestabilan dan keharmonian negara ini.
8. Amat-amatlah diharapkan supaya kita sentiasa bersikap rasional dan sentiasa mencari kebenaran dalam menyatakan sokongan terhadap sesuatu parti politik. Jangan bersikap sokong secara membuta tuli.
9. Sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu, masyarakat perlu lebih menilai stiap sokongan terhadap sesuatu parti politik. Terlalu banyak isu, yang perlu difahami secara mendalam seperti, isu Hindraf, isu sokongan terhadap LTTE( pengganas di Sri Lanka), sokongan terhadap komunis, isu-isu di Perak dan Pulau Pinang, dan dll. Janganlah sesuatu hari nanti negara kita menjadi seperti Singapura.
terima kasih buat yg sudi membaca.
Sentiasa mencari kebenaran.

Thursday, April 2, 2009
Perjuangan: Antara Kuantan dan Bukit Gantang
Esok bermulah cabaran final exam utk sem terakhir tahun 2. Buat sahabat-sahabat semoga berjaya. Sekali gagal bukan bermakna selamanya kita akan gagal. Sebenarnya, kegagalan mengajar kita ketabahan dan kecekalan untuk bangkit semula. Kegagalan juga sebagai tazkirah peribadi yang menuntut kita keluar dari kelalaian dan kecuaian. Semua orang mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang dilahirkan tanpa perlu berusaha banyak dan ada pula yang perlu berusaha lebih. Semuanya adalah perancangan Allah dan apa yang pasti Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Allah melihat pada usaha kita bukan pencapaian kita. Semua itu adalah hak Allah. Lihat, betapa hebatnya Allah. Subhanallah.
Meski, dalam final exam kali ini ada pilihan raya kecil Bukit Gantung. Pilihan raya ini sangat-sangatlah pe
nting buat masa depan agama dan negara. Sedih dan geram tak dapat pulang ke Taiping utk bersama2 membantu berkempen pada pilihan raya kali ini. InsyAllah, hari isnin ini akan ramai pemimpin yang terkemuka yang akan turun ke Taiping dan Bukit Gantang- teringin untuk bersama mereka berkempen kerna Allah untuk agama, masyarakat dan negara. Teringat pada masa tahun 1999 dan 2004, menaiki basikal membawa bendera mengelilingi kawasan perumahan. Kali ini, seperti sebelum-sebelum ini, mak juga terlibat dalam proses pengundian dan mengira undi. Rumah kami terletak hanya 2km dari kawasan parlimen Bukit Gantang. Tapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan yang penting sekarang adalah memberi sepenuh tumpuan pada pelajaran dan final exam. Tak guna klau kita asyik berpolitik tapi akademik tak kemana-dan jangan taksub kepada mana-mana parti politik-kebenaran dan keadilan harus ditegakkan serta disokong manakala kesalahan perlu ditegur secara berhikmah dan dibawa berbincang- Islam adalah prinsip bukannya alat. Akademik adalah masa depan kita dan tanggung jawab sebagai pelajar adalah perkara utama untuk diberi perhatian dan semuanya perlu dilakukan dengan ikhlas kerna Allah. Niat yang bukan kerna Allah adalah sia2. Dan amanah yang diberikan ini perlu dilaksanakan dengan adil, bertanggungjawab dan bersungguh2.
Buat sahabat-sahabat-gudluck xm-doakan kejayaan kita bersama. Kita dah masuk kulliyyah farmasi bersama-sama dan insyAllah kita perlu grad bersama2. Ayuh, mari kita bersama2 berusaha bersungguh2, doa dengan ikhlas dan tawakal dengan yakin. InsyAllah, Allah akan bantu hamba-hambaNya.
Buat pengundi-pengundi di Bukit Gantang dan dua lagi pilihan raya kecil-semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah-selamat mengundi.
Maaf atas tersalah kata. Terima kasih kerna sudi membaca.
Monday, March 16, 2009
Amanah
Sepotong ayat Al-Quran yang menyentuh mengenai amanah;
surah al-ahzab (72);
Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunang; tetapi semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka kwatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikul amanah itu oleh manusia. Sesungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh,
semoga menjadi renungan buat kita semua.
sungguh berat keputusan yang diambil tapi itulah hakikatnya.

Sunday, March 15, 2009
Rehlah batch di Sg Pancing
Alhamdulillah rehlah batch kali ke-2 telah berjalan dengan amat baik dan seronok sekali walaupun dalam keadaan hujan. Tima ksh buat komiti kerna bersungguh-sungguh buat rehlah kali ni. Amat mengagumkan apabila setiap group ada trademark warna dan setiap aktiviti pun berdasarkan warna kumpulan.
Tima ksh juga buat team catering yang diketuai oleh matmin- telah bertungkus lumus menyediakan makanan sama ada sebelum, semasa dan selepas rehlah. Buat mereka yang terlibat dengan catering, banyak benda dah belajar-seperti mengenal pasti antara halia dan lengkuas. Lepas 2, sampai ada kepala paip sinki dapur rumah yang patah. Tapi apa yang paling penting rehlah kali ni amat-amat mengajar kita erti tolong menolong. Sambil tolong potong ayam-main PES jap.
Alhamdulillah setakat ni dah dua kali kita buat rehlah dan kedua-duanya dalam keadaan hujan.Mungkin ini untuk melatih kita bersedia dengan cuaca sejuk supaya kita biasa dengan keadaan lecture hall kita yang sentiasa sejuk.
Buat masa ni keputusan pemenang-pemenang rehlah kali ni masih belum dapat diketahui lagi..kabar angin-group oren yang menang.
InsyAllah lepas ni, kita boleh buat rehlah yang lebih baik lagi. Mungkin lepas ni kita boleh buat rehlah di Pulau Redang plak ke. Tahniah sekali lagi buat komiti dan tima kasih buat semua yang hadir. Objektif tercapai.

Friday, March 13, 2009
Berita Dari Perak
IPOH 9 Mac - Kerajaan negeri akan mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah di negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus dipertahankan dan diperkembangkan, kata Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.
Menurut beliau, usaha berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan rakyat mendapat peluang yang lebih luas untuk mengikuti pengajian dan menghafaz al-Quran.
''Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah.
''Buat masa ini tidak semua daerah mempunyai pusat tahfiz al-Quran, jadi kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat itu di semua daerah di seluruh negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus terbela," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul, pelancaran bulan dakwah dan penyampaian hadiah majlis hafazan peringkat negeri di sini hari ini.
Majlis berkenaan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Zambry pada masa sama memberitahu, kerajaan negeri akan memberi perhatian serius bagi memastikan setiap masjid dan surau yang sudah uzur dapat diperbaiki.
Beliau yang telah melawat beberapa buah masjid berkata, peruntukan khas bagi usaha itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Negeri supaya umat Islam dapat menjalankan ibadah dengan lebih selesa.
''Sehingga kini kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan lebih RM350,000 bagi membaik pulih Masjid Trong, Masjid Sultan Yusuf di Gunung Rapat dan sebuah masjid di Parit Buntar.
''Mana-mana masjid yang perlu diperbaiki akan diberi peruntukan itu kerana kerajaan negeri mahu memastikan setiap masjid dan surau sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz berkata, kawasan yang bakal mempunyai pusat tahfiz ialah Kerian, Manjung, Kampar, Lenggong, Gerik dan Kampung Gajah.
Katanya, pusat tahfiz itu akan diwujudkan secepat yang mungkin kerana ia merupakan perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri buat masa ini.
Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mac 2009
Datuk Dr. Zambry pernah menjadi ahli ABIM.
Subscribe to:
Posts (Atom)