Thursday, February 26, 2009
Bertemu YB Nizar Jamaluddin
Kebetulan bertemu dengan YB Nizar Jamaluddin di R & R Sg. Buloh sewaktu perjalanan ke Natural Wellness Factory Bandar Tun Razak. Sempat berbual dengan beliau tentang beberapa perkara. Ayah saya pernah satu batch dengan beliau semasa di Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Jalan Brash. Difahamkan beliau dalam perjalanan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Gambar ini diambil oleh DRS. Khalil Ibrahim Lim, ADUN Titi Serong, Perak yang turut berada bersama YB Nizar Jamaluddin.
Wednesday, February 18, 2009
tips to move fowards>>>
Forget the past-never turn back..take a breath..look and aim the future..and then move forwards..
Only stupid people will do the same mistakes twice or repeatedly...
Be strong and never give up in facing the challenges..
Focus in achieving the goals..
Remember Allah..
and sincere in actions-only due to Allah..
.19.
Sunday, February 8, 2009
Thursday, February 5, 2009
Kemelut Politik Perak
Nampaknya buat masa ini kemelut politik di Perak berakhir sementara apabila BN berjaya membentuk kerajaan Perak yang baru dengan majoriti tipis 3 undi. Berikut adalah agihan adun semasa:
BN: 28
Bebas: 3
Pakatan Rakyat: 28
Ketiga-tiga adun bebas tersebut telah mengisytiharkan sokongan BN. Manakala, Dato Nasaruddin yang sebelum ini telah melompat parti ke PKR telah kembali ke BN. Apa yang berlaku sebaliknya tidak dapat dipastikan-mengapa adun-adun bertukar angin.
Jika BN, berjaya membentuk kerajaan negeri-komposisi exco pasti berbeza. Kalau tidak silap, hanya 2 daripada 31 adun BN + Bebas adalah kaum Cina dan selebihnya adalah Melayu. Maka kerajaan yang akan dibentuk, akan dikuasai UMNO. Berbeza dengan sebelum ini DAP.
Sebenarnya, pada pendapat saya, jalan yang terbaik dan adil untuk membentuk kerajaan negeri adalah dengan diadakan pilihan raya peringkat negeri bukannya dengan cara melompat parti. Buat masa ini, dua daripada tiga adun bebas tersebut masih dalam dakwaan rasuah. Jadi sekiranya, mereka didapati bersalah, kedua-dua dun tersebut perlu diadakan pilihanraya kecil. Maka kecelaruan politik akan terus berlaku.
Sememangnya, aktiviti melompat parti amatlah tidak wajar. Ada pengundi yang mengundi atas sentimen parti politik. Sepatutnya, tidak ada pihak yang melobi, menggunakan jalan belakang untuk membentuk. Mungkin kalau tidak timbul isu 16 september perkara ini takkan muncul. Mengapa perlu tergesa-gesa menukar kerajaan. Bukankah tugas wakil rakyat adalah untuk menabur bakti, membantu rakyat. Kita tidak perlu pemimpin-pemimpin yang tidak ikhlas. Sepatutnya semua parti bersikap rasional-mengiktiraf satu sama lain, perkara yang betul perlu disokong, kalau salah bawa berbincang, betulkan dengan secara berhikmah-terutamanya UMNO dan Pas. Kita perlu bijak berpolitik sebagaimana bijaknya orang Cina berpolitik. Agama, bangsa dan negara perlu didaulatkan.
Kita sedang menghadapi krisis ekonomi tetapi kita masih berebut kuasa.Ataupun memang sudah ditakdirkan krisis ekonomi akan diiringi krisis politik seperti tahun 1987/88 dan 1998/99. Tidak sangka dan sedih apabila krisis politik berlaku ketika Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyambut Jubli Perak pemerintahan baginda.
Semoga Allah memberi kemenangan kepada pihak yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah untuk menegakkan agama Islam serta menyebarkan keamanan untuk masyarakat dan negara Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)