Sunday, July 12, 2009

Suka+Duka H1N1


Assalamualaikum wbt,

Bukan senang dan tak juga susah bila anda disahkan positif H1N1. Semuanya diwarnai dengan pelbagai perkara-perkara yang mencuit hati dan juga kadang-kala sedikit perkara megguris hati.

Buat mak abah, keluarga dan juga rakan-rakan kenalan, jiran, pensyarah yang sentiasa mendoakan dan memberi harapan-tima ksh bnyk2 diucapkan. Semua itu banyak membantu menguatkan semangat buat pesakit H1N1. Hanya Allah yg mampu membalas. Ada juaga yg memberi sms yg kurang menyenangkan. Xpe2 saya maafkan.

Semuanya bermula semasa hari terakhir, majlis terakhir APPS 2009. Sorang pelajar Indonesia telah disahkan positif H1N1. Semuanya sudah tentu terlambat.

Jadi, saya tak ada direct contact dengan pelajar Indonesia itu. Alhamdulillah sejak 1 julai( hari terakhir kami berada di Vistana Hotel) sehingga kini( saat post ini ditulis) saya tidak mempunyai sebarang simptom(demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas). Tapi setelah 2 hari berada di Taiping dan dimaklumkan beberapa pelajar UIA disahkan positif, saya menguatkan diri untuk membuat swabthorat test.
Maka pada kul 8.15malam, jumaat, 3 julai, saya pergi ke hospital taiping. Di sana saya terus menuju ke kaunter saringan H1N1 di luar unit kecemasan di hospital taiping- di luar bangunan utama- betul berada di tempat yang terbuka-awam. Di kaunter itu, ada sorang MA yang langsung tidak mengambil tindakan berjaga-jaga, seperti paling kurang facemask. Jadi apabila, saya mengajukan kepada beliau bahawa saya ada kontak yang positif, terus dia gelabah dan lari menjauhkan diri dari kaunter. Dan bercakap dgn saya dari jauh. Kemudian, saya disuruh tunggu di bawah sebuah kanopi yang mana kanopi tersebut berada berhampiran dengan pintu keluar utama hospital taiping yang sememangnya secara terbuka dan awam. Disebabkan tempat kanopi itu terlalu terbuka maka tiba-tiba ada sorg budak kecil berusia 3-4 tahun yang bermain ke kanopi itu. Maka, dtg dgn terkejarlah beberapa pengawal keselamatan untuk mendapatkan budak itu.

Setelah tu, saya dibawa ke sebuah wad. Tetapi malangnya, wad itu berkunci dan saya terpaksa menunggu tiga jam diluar wad tersebut. Bukan salah doctor, tapi sebenarnya pengurusan di situ. Setelah saya mengancam ingin balik terus ke rumah(setelah 3 jam menunggu), barulah staf yang bersama saya diluar wad tersebut menelefon rakannya-dan diakui terdapat salah faham-yang sebenarnya berlaku apabila ada staf di situ yang buat kerja acuh tak acuh.

Kira-kira kul 1 am saya dibawa pergi ke Hospital Ipoh untuk buat swab throat test dan balik ke rumah kira-kira pukul 3.30 am sabtu.

Setelah 36 jam saya dimaklumkan saya positif walaupun tanpa sebarang symptoms atau sakit2. Saya dimasukkan ke wad dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah. Menurut doktor mungkin badan saya mempunyai sistem immune yang sudah bersedia menghadapi virus ni atau sebenarnya mugkin test tu kurang tepat.

Maka, 3 hari saya di kuarantinkan di hospital IPOH. Para doktor dan jururawat di sana sgt baik, peramah. Tidak seperti hospital lain, pesakit dapat berkomunikasi secara langsung dengan doktor dan jururawat-tapi ada hospital lain yang menggunakan microphone untuk berkomunikasi dengan pesakit. Saya diberi osmivir untuk lima hari. Saya dikuarantin seminggu, 3 hari di hospital dan 4 hari lg di rumah.

Tetapi apa yang amat2 menyedihkan keluarga saya turut dikuarantin kan di rmh. Tapi hanya untuk 4 hari saja. Alhamdulillah semua dlm keadaan sihat. Alhamdulillah semalam adalah hr terakhir dikuarantinkan di rumah.

Sebenarnya penyakit ni xdela bahaya sangat. InsyAllah dlm ms 3 hari pun dh bleh baik sepenuhnya. Mslhnya virus ni cepat dan mudah berjangkit.Cuma org xtau dan xnak ambil tau ap sebenarnya penyakit ni. Jd ramai org panik, takut x tentu pasal. Ini yg terasa hati skit.

InsyAllah, alhamdulillah setiap apa yang berlaku pasti penuh hikmah tanda kebesaran Allah swt. InsyAllah ia adalah sebagai salah satu kifarah dosa-dosa atas kelalaian dan kelekaan diri sendiri. Alhamdulillah banyak benda yang boleh dijadikan pengajaran atas apa yg dialami. Kita tau bagaimana keadaan sebenar yang berlaku atas pesakit-pesakit di hospital kerajaan. Bagaimana keadaan makanan dan minuman yang diberi di dalam wad-mungkin daripada xda sakit ap2 kita akan jatuh sakit. Keadaan ambulan yg daif dengan cara pemanduan yang sgt2 bhy. Prosedur mengurusan rawatan yang lemah. Saya percaya ramai yang baca blog ini merupakan pelajar yang akan bekerja di hospital kelak. Jadi adalah peranan kita untuk mengubah keadaan di hospital2 kerajaan. Bukan salah kerajaan sepenuhnya. Polisi kerajaan sangat baik tapi masalah utama adalah diperingkat perlaksanaan. Dan kitalah nant yang akan terlibat melaksanakan polisi2 kesihatan negara. Sekiranya kita bersikap acuh x acuh, kurang berdisiplin, maka kita pun akan tergolong bersama sebahagian mereka yang x sepatutnya bekerja di hospital di mana kepentingan pesakit diberi keutamaan.
Jika tak dimasukan ke hospital tempoh hari mungkin saya pun tak tau keadaan di hospital sebenarnya. Buat pemimpin-pemimpin besar, tokoh2 korporat, org2 ternama mereka mungkin sekali tidak berpeluang merasai apa yang dialami oleh rakyat marheng kerna mereka sudah pasti mendapat rawatan kelas pertama yang serba kondusif dan canggih.

Sekian. Wasalam. Terima kasih buat yang sudi membaca.

InsyAllah next post- Di luar lingkungan: antara dakwah dan keterbukaan dalam perjuangan.