Sunday, October 17, 2010

Officially Closed!

This blog is officially closed.


The link of the new blog is as below:


http://aizuddinmn.wordpress.com/



Thank you to all readers.

Thursday, October 7, 2010

Perjuangan yang belum selesai..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt atas rahmatnya, 9th IPhA Annual Grand Meeting, berjaya dianjurkan oleh Rx6th [insyaAllah ini adalah AGM yang terbaik] dan IPhA office bearers 10/11 telah berjaya dipilih. Buat sahabat-sahabat semua terima kasih kerna memberi peluang kepada saya untuk memegang sesuatu amanah yang sangat berat.

Sebenarnya tidak pernah terfikir untuk berada di kulliyyah/fakulti farmasi. Apatah lagi bergerak aktif dalam IPhA. Jika dulu masa SPM, cita-cita adalah samada menjadi seorang doktor perubatan atau menjadi CEO bagi salah sebuah GLC (syarikat berkaitan kerajaan-Proton, CCM) dan saya lebih suka megambil jurusan ekonomi, seterusnya mengejar cita-cita sebagai seorang CEO GLC. Saya fikir berada dalam bidang koporat kerajaan boleh lebih banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara, bahkan mampu untuk melahirkan paling kurang 10 orang doktor perubatan (melalui penajaan) jika dibandingkan jika kita seorang diri menjadi doktor perubatan. Tetapi mak dan abah tetap mahukan supaya berada dalam bidang perubatan. Alhamdulillah perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Alhamdulillah kursus farmasi adalah terbaik.

Alhamdulillah kini Allah telah memberi peluang untuk kembali kehidupan normal. Sesuatu yang sangat-sangat saya impikan sejak hari pertama di UIA kampus kuantan, bahkan sejak hari terakhir di SERATAS. Kehidupan normal di sini bukan bermaksud untuk menjadi pasif [tetap aktif pada kadar biasa-tetap memberi sokongan pada batch/persatuan] tetapi adalah untuk membuat pelbagai persediaan untuk masa-masa hadapan. Tetapi, alhamdulillah perancangan Allah itu adalah terbaik dan secara ikhlasnya saya masih belum bersedia untuk menggalas amanah sebelum ini. Mungkin Allah ingin mempercepatkan training ground untuk menghadapi masa depan. Alhamdulillah.

Akhir kata saya ingin memohon maaf atas segala salah silap sepanjang pertemuan ini. Sebagai manusia sudah pasti akan melakukan kesalahan. Tima kasih dan juga tahniah buat semua IPhA Office Bearer 2009/2010 dan 9th AGM Committee serta ipha members yang terlibat secara langsung atau tidak dalam setiap aktivti IPhA 2009/2010. Kejayaan-kejayaan yang diperolehi adalah hasil komunikasi yang berkesan dan semangat berpasukan yang sangat tinggi. Setiap kekurangan pula adalah sebagai pengajaran buat masa hadapan supaya ianya boleh dibuat dengan lebih baik. InsyaAllah semoga kita dipertemukan lagi pada masa hadapan.

what's next:' memburu impian, menggapai cita-cita'

tima kasih kerna sudi membaca=)