Monday, October 27, 2008

the challenge

start from zero% at the level of 100% to go for 100%..it is a challenge..but now, it is not the appropriate time to explain..but in the future, it will be...insyAllah...

Tuesday, October 21, 2008

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Sudirman Hj. Arshad(Syed Haron Ahmad)

Wednesday, September 10, 2008

51

Angka ini adalah angka kemerdekaan negara tahun ini. Sudah pasti banyak kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai. Jika dahulu, di awal kemerdekaan Tanah Melayu, golongan miskin merupakan golongan terbesar tapi, alhamdulillah kini, golongan pertengahan merupakan golongan terbesar. Golongan pertengahan merujuk kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan melepasi paras kemiskinin serta hidup dalam kehidupan yang selesa.
Secara normalnya, negara di landasan yang betul untuk menjadi negara maju apabila golongan pertengahan membentuk majoriti dalam sistem sosial Malaysia. Golongan ini juga menentukan hala tuju negara yang merangkumi sistem politik, ekonomi, budaya, perpaduan dan berbagai-bagai lagi.
Alhamdulillah ini menunjukkan negara dalam keadaan baik.Amatlah malang kalau negara kembali mundur, rakyat berpecah-belah-hidup dalam prejudis, ekonomi dikuasai hanya satu kaum-hanya satu golongan merasai kekayaan negara, hilang nilai-nilai agama dan moral, hiburan menjadi keutamaan dan pencarian ilmu diketepikan.
Pemimpin perlu sedar kuasa politik, jawatan bukanlah keutamaan. Sebenarnya, kita tidak perlu mengejar kuasa dahulu, kemudian baru berusaha membentuk masyarakat atau memberi sumbangan kepada rakyat.Perkara yang paling penting dan utama ialah usaha, dakwah Islamiah untuk membentuk masyarakat dan negara madani.
Rakyat juga perlu sedar, kejayaan di dunia dan di akhirat tidak akan datang dengan mudah. Apa yang pasti adalah kita perlu berusaha keras dan bersungguh-sungguh. Kita tak boleh mengambil kekayaan orang lain yang merupakan hasil usaha mereka sendiri.

Diharapkan negara ini terus berada dalam keadaan makmur, rakyat hidup dalam keadaan senang dan selesa, ilmu disanjung tinggi, syariat agama dipegang teguh, dan rakyat serta pemimpin mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Semoga tamadun Malaysia berjaya dibentuk apabila tiba tahun 2057-dimana 100 tahun kemerdekaan Malaysia. InsyAllah.

Friday, August 29, 2008

MENGINGATI PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN

Tulisan ini diambil dari blog Dr. M, chedet.com

1. Jeff Hamaz menarik perhatian kepada pejuang-pejuang kemerdekaan Malaya sebelum UMNO. Saya bersetuju kita harus beri tempat kepada orang-orang seperti Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohammad, Dr Burhanuddin Helmi dalam perjuangan ini.

2. Tetapi saya tidak bersetuju bahawa UMNO adalah pro-British. Kelainan antara pejuang-pejuang KMM (Kesatuan Melayu Muda) dan MNP (Malay Nationalist Party) ialah tentang cara dan pendirian. KMM sanggup menyokong Jepun dan ramai yang menjadi Heiho, angkatan separuh tentera yang didirikan oleh Jepun sementara Malay Nationalist Party mirip kiri dan bersimpati dengan Komunis yang hampir semuanya terdiri daripada orang Cina yang telah bermusuh dengan orang-orang kampung selepas Jepun kalah.

3. Pemimpin UMNO pula tidak kiri dan tidak kanan. Mereka utamakan orang Melayu yang akan hilang tanahair mereka jika Malayan Union ditubuh. Tak dapat tidak UMNO terpaksa menentang British. Hanya yang tidak dilakukan oleh UMNO ialah perjuangan ganas melalui perang gerila.

4. UMNO tidak pilih perang gerila kerana kemungkinan mendapat kemenangan melawan tentera British yang kuat, amat tipis. Lagipun perang gerila bersahabat dengan gerila Komunis.

5. Ada pihak yang berasa kemerdekaan melalui rundingan tidak sama dengan kemerdekaan melalui peperangan. Parti Islam umpamanya menyifatkan Kemerdekaan Malaya sebagai kemerdekaan setengah masak. Kita tidak dapat berbangga dengan hero-hero yang terkorban dalam perjuangan. Kita tidak boleh puja mereka.

6. Tetapi tidak siapa boleh pertikaikan kemerdekaan kita. Bukan sahaja dapat kita bangunkan negara lebih baik daripada penjajah, tetapi kita bebas menegur dan mengkritik penjajah, bahkan bertindak memboikot penjajah dan kuasa-kuasa Barat apabila mereka bertindak secara tidak adil atau ganas di mana-mana sahaja. Kita punyai pendirian kita tersendiri dalam dunia antarabangsa.

7. UMNO mudah lupa jasa pejuang-pejuangnya. Bukan sahaja UMNO dan Kerajaan pimpinan UMNO tidak memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohammad dan Dr Burhanuddin, tetapi jasa Dato Onn Jaafar pun tidak dihargai seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang lain walhal Dato Onn bukan sahaja Yang Dipertua UMNO yang pertama tetapi dibawah pimpinannya UMNO dan orang Melayu berjaya menewas rancangan British, sebuah kuasa dunia yang baru sahaja menang perang, daripada merampas negeri-negeri Melayu untuk diberi kepada siapa sahaja yang ingin memilikinya.

8. Dato Onn memimpin orang Melayu yang miskin dan daif, yang berpecah kepada rakyat masing-masing negeri supaya bersatupadu dalam UMNO dan menentang British sehingga British terpaksa tunduk kepada tuntutan Melayu dan menggugurkan Malayan Union kurang dari dua tahun ianya ditubuh.

9. Jasa Dato Onn kepada orang Melayu, kepada UMNO amatlah besar dan jasanya harus dikenang dan diberi penghargaan yang tidak kurang dari jasa Tunku Abdul Rahman, pejuang kemerdekaan.

10. Sesungguhnya orang Melayu dan UMNO mudah lupa dan kurang mengenang budi.

Thursday, August 28, 2008

DSAI angkat sumpah-ahli parlimen


ANGKAT SUMPAH... Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di Dewan Rakyat pagi tadi.

Beliau memenangi kerusi Parlimen tersebut kelmarin selepas meninggalkan Parlimen sejak 10 tahun lalu. Bulan depan genap satu dekad beliau dipecat dari jawatan kerajaan dan Umno. Ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden. sumber-mstar.com.my