Wednesday, June 10, 2009
Demokrasi dan politik
Assalamualaikum..
Tima ksh buat semua yg sentiasa memberi sokongan.
Alhamdulillah kebetulan ada sedikit masa yang senggang ini, sedikit coretan buat semua.
1. Kemampuan sesuatu parti politik untuk menarik dan mendapat sokongan rakyat adalah bergantung kepada kemampuannya untuk membentuk perspektif bahawa parti itu adalah yg terbaik serta sentiasa berjuang utk rakyat dan lawannya adalah sentiasa salah.
Maknanya, semakin kuat perspektif positif rakyat kepada sesuatu parti itu, semakin kuat sokongan terhadap parti politik tersebut.
2. Tetapi sebenarnya jika kita ingin mencari kebenaran parti politik mana yang terbaik kita tidak boleh bergantung pada perspektif yang dibentuk oleh parti tersebut. Kerna mungkib dari segi perspektif parti itu betul tapi sebenarnya ia mempunyai agenda yang sangat mendalam dan membahanyakan.
3. Sekiranya kita terus menyokong dan mengundi secara membuta tuli, kemungkinan besar parti yang tidak sepatutnya memerintah akan menang dalam sesuatu pilihan raya.
4. Demokrasi secara total tidak akan menjamin keadilan dan kebenaran dapat ditegakan. Kerna dalam demokrasi, parti yg berjaya membentuk perspektif yang positif akan berjaya memenangi hati rakyat, biarpun parti itu tidak layak undi diundi.
5. Amerika dan indonesia adalah contoh negara yang mengamalkan demokrasi secara total. Filem Conspiracy 13 menunjukkan bahagian gelap demokrasi. Pihak yang salah berjaya memenangi pilihan raya kerna berjaya membentuk perspektif parti lawannya adalah jahat, zalim. Manakala, dalam buku; 'Belajar dari Dua Umar: kenyangkan perut rakyat', penulis menceritakan kemampuan pihak-pihak musuh yang mampu memerintah melalui demokrasi secara total. Saya mencadangkan anda menonton filem dan membaca buku tersebut.
6. Biasaya demokrasi secara total melibatkan pemilihan presiden sesebuah negara sebagai pemimpin tertinggi dalam pemerintahan negara. Malaysia mengamalkan demokrasi yang raja berpelembagaan- dimana sultan adalah ketua negara. Kini, memang sudah terdapat usaha oleh pihak-pihak yang tertentu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara total.
7. Sebenarnya peranan Sultan adalah amat besar dalam menjamin kestabilan dan keharmonian negara ini.
8. Amat-amatlah diharapkan supaya kita sentiasa bersikap rasional dan sentiasa mencari kebenaran dalam menyatakan sokongan terhadap sesuatu parti politik. Jangan bersikap sokong secara membuta tuli.
9. Sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu, masyarakat perlu lebih menilai stiap sokongan terhadap sesuatu parti politik. Terlalu banyak isu, yang perlu difahami secara mendalam seperti, isu Hindraf, isu sokongan terhadap LTTE( pengganas di Sri Lanka), sokongan terhadap komunis, isu-isu di Perak dan Pulau Pinang, dan dll. Janganlah sesuatu hari nanti negara kita menjadi seperti Singapura.
terima kasih buat yg sudi membaca.
Sentiasa mencari kebenaran.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Ingat hidroponik?
Ingat flower horn?
Sekarang apa pula?
Pakatan Rakyat.
p/s
Umno jangan berkubur.
Ulasan ringkas poin:
1. "..lawannya adalah sentiasa salah" ! Aku amat tidak bersetuju dengan persepsi parti politik sebegini kerana ini memungkinkan untuk membelakangkan kebenaran atau perkara yang baik. Apa yang bertentangan dengan parti politiknya akan dimomokkan sebagai menyeleweng, salah dan memudaratkan walau parti politik itu tahu bahawa perkara itu sesuatu yang baik. Situasi ini akan memburukkan lagi jika ia membabitkan perkara-perkara di dalam ruang lingkup agama Islam.
3. Sesungguhnya pemilihan pemimpin adalah berdasarkan dalil Quran iaitu al-Qudwah (kemampuan & kredibiliti) & al-Amanah (amanah). Pilihlah pemimpin berdasarkan 2 kriteria ini. Tidak guna memilih pemimpin yang alim lagi amanah, namun tidak berkemampuan di dalam memimpin. Khaled bin Al-Waled tetap dilantik sebagai pemimpin yang memimpin tentera Islam walaupun secara dasarnya, masih ramai lagi sahabat yang lebih alim & amanah. Kerana apa ? Kerana Khaled bin Al-Waled mempunyai kemampuan yang memimpin melebihi para sahabat yang lain.
6. Aku berpendapat bahawa sistem demokrasi total adalah sistem yang terbaik untuk diamalkan kerana berpendirian bahawa kepimpinan adalah berdasarkan merit. NAMUN, aku juga berpendapat bahawa Malaysia masih perlu meneruskan sistem raja-berpelembagaan kerana: i. Tampuk kepimpinan negara dipimpin oleh Perdana Menteri iaitu kepimpinan berdasarkan merit. ii. Raja perlu terus wujud di Malaysia bagi mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu untuk terus utuh.
Ok. komen pertama, tulisan menggunakan format Che Det di blognya.hehe
tima ksh buat yg beri komen.
buat chagan:
ap yg hidrofoniknya? flower horn? ingt ni website kementerian industri asas tani ke? hehe..
terangkan sket ap yg ko maksudkan 2..hehe..thanx chagan..
buat abg ayie:
komen yg sgt mantap dan membina.
Tapi itulah realiti bg parti-parti politik di Malaysia. Amat menyedihkan umat Islam dan bangsa melayu di Malaysia terus berpecah- belah dan dipecah-belahkan. Tapi org cina walaupun mereka tidak dalam parti yg sama, mereka tetap bersatu hati dalam mempertahankan kepentingan mereka. Kita saling bersatu dengan org bukan Islam. Kita lebih suka menentang bangsa kita yang seagama dgn kita.
Itulah realiti politik org melayu dan Islam d negara ni.
Sejak sebelum pilihan raya 8 Mac lalu hingga ke setiap pilihan raya kecil, ceramah parti yang bertanding akan sentiasa menghentam parti lawannya.
Teringat tulisan dr maza; Islam adalah prinsip bukan untuk dipolitikan.
thanx abg.
Buat che am;
ak dh agak dh mesti ad org komen mcm che det..hehe..memang saja tiru cara tun..sebab ak nk cepat masa tulis ni.
thank che am.
sokong ayie;
Kedaulatan sultan harus terus dikekalkan dan dipertahankan dalam menjamin kedaulatan agama Islam dan bangsa Melayu.
Klau ada masa bacalah titah ucapan Sultan Perak dala utusan malaysia hari ni.ok thankx.
all the best.
Masyarakat Malaysia masyarakat fenomena.
Dulu sembang flower horn. Semua orang nak bela.
Dulu sembang hidroponik. Semua orang nak buat.
Sekarang sembang Pakatan Rakyat. Semua orang pun Pakatan Rakyat.
Sembang lebih tapi prinsip tak paham. Pakatan Rakyat wujud bukan untuk ambil alih BN secara menyeluruh dan selama-lama.
Walaupun monopoli BN mesti dipecahkan, tapi jangan sampai BN dibubarkan. Orang BN kena muhasabah.
Sekarang, bila ada dua gabungan parti yang bersaing untuk berkhidmat. Siapa yang bakal untung ?
InsyaALLAH rakyat.
Betul tak che din ?
p/s
fahaman politik aku : politik sembang kedai kopi. hahaha..
Aku sokong apa yang ko cakap chagan.
Tapi harap2 xde parti yang menjual atau mengadai agama, bangsa, dan negara demi cita-cita peribadi.
InsyAllah rakyat(bukan satu kaum je) akan untung.
thanks chagan.all d best
perghhhh...ramai yg meng'comment' nih....cagang...mu politik kedai kopi tempat kokerja?hahahaha..
untuk ko din...ak sokong pada pemikiran ak...cagan pun sama..itu senario politik kat malaysia nih
-daneng
tima ksh daneng terus setia membaca blog ak ni..gud luck daneng..semoga terus menjadi top scorer batch, mengharumkan nama batch..dan yg paling penting menjadi contoh tauladan buat semua..insyAllah..amiin..
Kepada Daneng juga, agar terus istiqomah menerima tempahan-tempahan makanan daripada Mat Tem-Mat Tem mahallah macam aku, hehe
che am..ni istilah br yg ak x tau lg ni..hehe
salamz,
akhirnya,
ada gak update,
wah dean, aku jangka kalau hg diberi lebih masa mesti lagi elok boleh ditulis, tambahan lagi kalau hg dpt kaji lagi secara menyeluruh, kan kan?
anyways good article,
teringat terdengaq satu ceramah,
asas sesebuah negara sepatutnya terbina oleh umara'(politicians) dan ulama, hanyasanya supaya negara kita bukan sahaja memacu maju kearah kestabilan ekonomi dan teknologi malah juga dari segi ilmiah dan rohani..
sekian :D
betul naeem,
sebenarnya gandingan kepimpinan yang terbaik adalah antara umara dan ulama. InsyAllah satu hari nant impian ini akan tercapai.
thanks naeem. Gudluck.
gandingan umar dan ulam...ko merujuk kepada kerajaan perpaduan ke din?--ap opinion ko?--tak de ulasan ke dlam blog ko din?-daneng lg
daneng, sebenarnya ak dh tulis tentang dalam kerajaan perpaduan tapi x abis lg, so xleh publish.
InsyAllah nant ak cuba publish secepat mungkin.
Skang ada di aimst, dan hari ni akan ke USM plak.
nant bagi komen k.thankx dani.
Saya pun nak tahu lebih mendalam lah tentang politik !
Sentiasa mencari kebenaran. hehe~
Link saya ye, Aizudin. :)
-Diana-
http://kura-kurabiru.blogspot.com/
diana,
insyAllah nant sy link kan.
tp xdela tau sgt psl politik..
thanks diana.
salam din.harap2 sihat. =) .new url - aminfarmasi.blogspot.com
tukar baru sempena sem baru year baru. =)
Post a Comment