Thursday, October 7, 2010

Perjuangan yang belum selesai..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt atas rahmatnya, 9th IPhA Annual Grand Meeting, berjaya dianjurkan oleh Rx6th [insyaAllah ini adalah AGM yang terbaik] dan IPhA office bearers 10/11 telah berjaya dipilih. Buat sahabat-sahabat semua terima kasih kerna memberi peluang kepada saya untuk memegang sesuatu amanah yang sangat berat.

Sebenarnya tidak pernah terfikir untuk berada di kulliyyah/fakulti farmasi. Apatah lagi bergerak aktif dalam IPhA. Jika dulu masa SPM, cita-cita adalah samada menjadi seorang doktor perubatan atau menjadi CEO bagi salah sebuah GLC (syarikat berkaitan kerajaan-Proton, CCM) dan saya lebih suka megambil jurusan ekonomi, seterusnya mengejar cita-cita sebagai seorang CEO GLC. Saya fikir berada dalam bidang koporat kerajaan boleh lebih banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara, bahkan mampu untuk melahirkan paling kurang 10 orang doktor perubatan (melalui penajaan) jika dibandingkan jika kita seorang diri menjadi doktor perubatan. Tetapi mak dan abah tetap mahukan supaya berada dalam bidang perubatan. Alhamdulillah perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Alhamdulillah kursus farmasi adalah terbaik.

Alhamdulillah kini Allah telah memberi peluang untuk kembali kehidupan normal. Sesuatu yang sangat-sangat saya impikan sejak hari pertama di UIA kampus kuantan, bahkan sejak hari terakhir di SERATAS. Kehidupan normal di sini bukan bermaksud untuk menjadi pasif [tetap aktif pada kadar biasa-tetap memberi sokongan pada batch/persatuan] tetapi adalah untuk membuat pelbagai persediaan untuk masa-masa hadapan. Tetapi, alhamdulillah perancangan Allah itu adalah terbaik dan secara ikhlasnya saya masih belum bersedia untuk menggalas amanah sebelum ini. Mungkin Allah ingin mempercepatkan training ground untuk menghadapi masa depan. Alhamdulillah.

Akhir kata saya ingin memohon maaf atas segala salah silap sepanjang pertemuan ini. Sebagai manusia sudah pasti akan melakukan kesalahan. Tima kasih dan juga tahniah buat semua IPhA Office Bearer 2009/2010 dan 9th AGM Committee serta ipha members yang terlibat secara langsung atau tidak dalam setiap aktivti IPhA 2009/2010. Kejayaan-kejayaan yang diperolehi adalah hasil komunikasi yang berkesan dan semangat berpasukan yang sangat tinggi. Setiap kekurangan pula adalah sebagai pengajaran buat masa hadapan supaya ianya boleh dibuat dengan lebih baik. InsyaAllah semoga kita dipertemukan lagi pada masa hadapan.

what's next:' memburu impian, menggapai cita-cita'

tima kasih kerna sudi membaca=)

6 comments:

husnaizzati said...

tahniah bro aizuddin atas kecemerlangan melaksanakan amanah...terima kasih atas segala pandangan,nasihat dan tunjuk ajar yg telah diberi..ukhwah fillah...=)

bolehla aktif tulis blog lepas nie..hehe

matto said...

Tahniah Din.
Aku ingatkan blog ni dah padam. hehe

ibn_quds said...
This comment has been removed by the author.
ibn_quds said...
This comment has been removed by the author.
ibn_quds said...

salam din, ana baca blog ni, sebiji ana rasa apa yg anta lalui. dari nak ambil perubatan, nak jadi ceo company (tapi ana tanak kerajaan, nak buat empayar sendiri. hehe) dari tetibe jadi presiden ipha, tetibe aktif. n tetibe merasa lepasnya bebanan masa letak jawatan. munculnya harapan n berkobar2nya mencapai impian atau 'cita2 sebenar'ana. n journey ahead is far away from reaching it, but never impossible. din, bersedialah diri untuk diuji.. ujian kecil dan besar.. dan mendatang ujian yg lagi besar... ujian yg tak sangka kita menanggungnya.. tapi insyaAllah, Allah is always by our side.. hmm.. what i can say, luruskan niat, sumbangan kita akhirnya adalah untuk menjunjung islam... insyaAllah. dijemput ke blog ana (baru buat) badrikudos.blogspot.com n ibnquds.blogspot.com. tak bape aktif la tapi..

ezud zaliy said...

din, rajin2lah mengupdate blog bila dah banyak masa lapang sekarang nih...

ps: sedih x dapat merasa cucur durian kali ni (x dpt gi umah ko)... huhu