Monday, March 16, 2009

Amanah

Sepotong ayat Al-Quran yang menyentuh mengenai amanah;
surah al-ahzab (72);

Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunang; tetapi semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka kwatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikul amanah itu oleh manusia. Sesungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh,

semoga menjadi renungan buat kita semua.

sungguh berat keputusan yang diambil tapi itulah hakikatnya.

Sunday, March 15, 2009

Rehlah batch di Sg Pancing

Alhamdulillah rehlah batch kali ke-2 telah berjalan dengan amat baik dan seronok sekali walaupun dalam keadaan hujan. Tima ksh buat komiti kerna bersungguh-sungguh buat rehlah kali ni. Amat mengagumkan apabila setiap group ada trademark warna dan setiap aktiviti pun berdasarkan warna kumpulan.

Tima ksh juga buat team catering yang diketuai oleh matmin- telah bertungkus lumus menyediakan makanan sama ada sebelum, semasa dan selepas rehlah. Buat mereka yang terlibat dengan catering, banyak benda dah belajar-seperti mengenal pasti antara halia dan lengkuas. Lepas 2, sampai ada kepala paip sinki dapur rumah yang patah. Tapi apa yang paling penting rehlah kali ni amat-amat mengajar kita erti tolong menolong. Sambil tolong potong ayam-main PES jap.

Alhamdulillah setakat ni dah dua kali kita buat rehlah dan kedua-duanya dalam keadaan hujan.Mungkin ini untuk melatih kita bersedia dengan cuaca sejuk supaya kita biasa dengan keadaan lecture hall kita yang sentiasa sejuk.

Buat masa ni keputusan pemenang-pemenang rehlah kali ni masih belum dapat diketahui lagi..kabar angin-group oren yang menang.

InsyAllah lepas ni, kita boleh buat rehlah yang lebih baik lagi. Mungkin lepas ni kita boleh buat rehlah di Pulau Redang plak ke. Tahniah sekali lagi buat komiti dan tima kasih buat semua yang hadir. Objektif tercapai.

Friday, March 13, 2009

Berita Dari Perak

IPOH 9 Mac - Kerajaan negeri akan mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah di negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus dipertahankan dan diperkembangkan, kata Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurut beliau, usaha berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan rakyat mendapat peluang yang lebih luas untuk mengikuti pengajian dan menghafaz al-Quran.

''Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah.

''Buat masa ini tidak semua daerah mempunyai pusat tahfiz al-Quran, jadi kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat itu di semua daerah di seluruh negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus terbela," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul, pelancaran bulan dakwah dan penyampaian hadiah majlis hafazan peringkat negeri di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Zambry pada masa sama memberitahu, kerajaan negeri akan memberi perhatian serius bagi memastikan setiap masjid dan surau yang sudah uzur dapat diperbaiki.

Beliau yang telah melawat beberapa buah masjid berkata, peruntukan khas bagi usaha itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Negeri supaya umat Islam dapat menjalankan ibadah dengan lebih selesa.

''Sehingga kini kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan lebih RM350,000 bagi membaik pulih Masjid Trong, Masjid Sultan Yusuf di Gunung Rapat dan sebuah masjid di Parit Buntar.

''Mana-mana masjid yang perlu diperbaiki akan diberi peruntukan itu kerana kerajaan negeri mahu memastikan setiap masjid dan surau sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz berkata, kawasan yang bakal mempunyai pusat tahfiz ialah Kerian, Manjung, Kampar, Lenggong, Gerik dan Kampung Gajah.

Katanya, pusat tahfiz itu akan diwujudkan secepat yang mungkin kerana ia merupakan perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri buat masa ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mac 2009

Datuk Dr. Zambry pernah menjadi ahli ABIM.

Wednesday, March 11, 2009

Pulang ke Taiping

Alhamdulillah hujung minggu lepas aku berjaya pulang ke kampung halaman-taiping setelah sekian tak berpeluang untuk pulang. Bertemu terutamanya mak abah, adik2, keluarga yang dirindui dan umumnya rakan-rakan seratas dan masyarakat di taiping, semanggol,bukit gantang, kuala kangsar dan ipoh membangkitkan kembali semangat untuk menyemarakkan perjuangan. Kerana jalan yang ingin aku pilih ini bukanlah jalan-jalan biasa. Aku tak mahu akan jalan-jalan biasa. Melihat orang-orang yang kita sayang akan mampu menguatkan semangat kita untuk kekal berjuang di jalan Allah.

Pulang ke taiping pada hujung minggu lepas tersangat-sangatlah penting kerna aku dapat merasakan aku akan menghadapi dugaan-dugaan yang besar seminggu dua lagi. Simptom-simptom dugaan itu sudah kelihatan sejak minggu lepas lagi. Mungkin dugaan- dugaan serta kepahitan ini adalah sebagai tazkirah kehidupan diatas dosa-dosa kelalaian dan kelekaan ataupun dugaan-dugaan ini adalah sebagai persediaan membentuk jiwa lebih yang kental, hati yang cekal untuk menghadapi masa depan yang amat mencabar.

Bukan aku tak pernah jatuh, malah kehidupan di seratas dan taiping telah banyak mengajar erti-erti kehidupan. Pengalaman belajar di Seratas- SEKOLAH MENGENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH-yang terletak di kaki bukit larut, ditemani bintang Zurule pada kedudukan 1719o – 1917o, cikgu-cikgu yang dikasihi,rakan-rakan yang amatlah membantu. Jika aku tidak berada di sana, tak mungkin aku akan berada di sini. Suasana di sini amatlah berbeza dengan suasana di sana kerna di sini memerlukan metod-metod dan strategi-strategi baru. Ya, betul..kita perlu berubah seiring dengan perubahan zaman tapi tanpa mengenepikan nilai-nilai Islam.

Masa untuk berehat telah sampai sebagai persediaan menghadapi bukan jalan-jalan biasa. Bila dah terlalu lama kita berlari, kita akan penat dan kita perlu berehat sekejap sebagai persedian untuk berlari lebih jauh dan lebih laju. Sebagaimana, tidur sekejap disiang hari yang mampu membangkitkan diri bertahajud di waktu malam. Alhamdulillah perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Wednesday, March 4, 2009

seloka cak kun cak

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Kan dah rugi
diorang turajin..

Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih

Dialah khazanah pintu terpilih
Awak yang payang membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

-Tan Sri SM Salim & M. Nasir-

Lagu ni penuh dengan makna2 yang tersirat dan tauladan.. klau dgr lagu ni cuba fahami liriknya..