Saturday, August 15, 2009
Semarakan Perjuangan!!!
'tak mungkin aku putus asa dan hilang harapan
sebagaimana mak dan abah tak pernah patah semangat
dalam mencari rezeki untuk kesenangan dan keselesaan kami adik-beradik'
'pengorbanan serta kesungguhan mak dan abah sentiasa memberi kekuatan buat diriku
untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat
kerana Allah demi agama Islam, keluarga, bangsa, masyarakat dan negara'
'mak dan abah x pernah kenal erti penat dan letih demi anak-anak mereka'
'Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku atas kelalaianku dan kelekaanku'
'Ya Allah, bantulah aku untuk aku mencapai cita-citaku,
bimbinglah aku dijalan yang benar dan lurus'
'Ya Allah, aku ikhlas beramal, berbakti, berkorban kerana Mu untuk agamaku Islam, keluargaku, bangsaku, dan negaraku, Malaysia.
---nukilan ini ditulis ketika 6 jam 33 minit sebelum final xm body system CVS dan setelah keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang diumumkan---
Ada yang tersurat dan tersirat. insyAllah buat sahabat2 yg terdekat, insyAllah mereka lebih mengerti keadaan ketika itu.
wslm.
Sunday, July 12, 2009
Suka+Duka H1N1
Assalamualaikum wbt,
Bukan senang dan tak juga susah bila anda disahkan positif H1N1. Semuanya diwarnai dengan pelbagai perkara-perkara yang mencuit hati dan juga kadang-kala sedikit perkara megguris hati.
Buat mak abah, keluarga dan juga rakan-rakan kenalan, jiran, pensyarah yang sentiasa mendoakan dan memberi harapan-tima ksh bnyk2 diucapkan. Semua itu banyak membantu menguatkan semangat buat pesakit H1N1. Hanya Allah yg mampu membalas. Ada juaga yg memberi sms yg kurang menyenangkan. Xpe2 saya maafkan.
Semuanya bermula semasa hari terakhir, majlis terakhir APPS 2009. Sorang pelajar Indonesia telah disahkan positif H1N1. Semuanya sudah tentu terlambat.
Jadi, saya tak ada direct contact dengan pelajar Indonesia itu. Alhamdulillah sejak 1 julai( hari terakhir kami berada di Vistana Hotel) sehingga kini( saat post ini ditulis) saya tidak mempunyai sebarang simptom(demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas). Tapi setelah 2 hari berada di Taiping dan dimaklumkan beberapa pelajar UIA disahkan positif, saya menguatkan diri untuk membuat swabthorat test.
Maka pada kul 8.15malam, jumaat, 3 julai, saya pergi ke hospital taiping. Di sana saya terus menuju ke kaunter saringan H1N1 di luar unit kecemasan di hospital taiping- di luar bangunan utama- betul berada di tempat yang terbuka-awam. Di kaunter itu, ada sorang MA yang langsung tidak mengambil tindakan berjaga-jaga, seperti paling kurang facemask. Jadi apabila, saya mengajukan kepada beliau bahawa saya ada kontak yang positif, terus dia gelabah dan lari menjauhkan diri dari kaunter. Dan bercakap dgn saya dari jauh. Kemudian, saya disuruh tunggu di bawah sebuah kanopi yang mana kanopi tersebut berada berhampiran dengan pintu keluar utama hospital taiping yang sememangnya secara terbuka dan awam. Disebabkan tempat kanopi itu terlalu terbuka maka tiba-tiba ada sorg budak kecil berusia 3-4 tahun yang bermain ke kanopi itu. Maka, dtg dgn terkejarlah beberapa pengawal keselamatan untuk mendapatkan budak itu.
Setelah tu, saya dibawa ke sebuah wad. Tetapi malangnya, wad itu berkunci dan saya terpaksa menunggu tiga jam diluar wad tersebut. Bukan salah doctor, tapi sebenarnya pengurusan di situ. Setelah saya mengancam ingin balik terus ke rumah(setelah 3 jam menunggu), barulah staf yang bersama saya diluar wad tersebut menelefon rakannya-dan diakui terdapat salah faham-yang sebenarnya berlaku apabila ada staf di situ yang buat kerja acuh tak acuh.
Kira-kira kul 1 am saya dibawa pergi ke Hospital Ipoh untuk buat swab throat test dan balik ke rumah kira-kira pukul 3.30 am sabtu.
Setelah 36 jam saya dimaklumkan saya positif walaupun tanpa sebarang symptoms atau sakit2. Saya dimasukkan ke wad dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah. Menurut doktor mungkin badan saya mempunyai sistem immune yang sudah bersedia menghadapi virus ni atau sebenarnya mugkin test tu kurang tepat.
Maka, 3 hari saya di kuarantinkan di hospital IPOH. Para doktor dan jururawat di sana sgt baik, peramah. Tidak seperti hospital lain, pesakit dapat berkomunikasi secara langsung dengan doktor dan jururawat-tapi ada hospital lain yang menggunakan microphone untuk berkomunikasi dengan pesakit. Saya diberi osmivir untuk lima hari. Saya dikuarantin seminggu, 3 hari di hospital dan 4 hari lg di rumah.
Tetapi apa yang amat2 menyedihkan keluarga saya turut dikuarantin kan di rmh. Tapi hanya untuk 4 hari saja. Alhamdulillah semua dlm keadaan sihat. Alhamdulillah semalam adalah hr terakhir dikuarantinkan di rumah.
Sebenarnya penyakit ni xdela bahaya sangat. InsyAllah dlm ms 3 hari pun dh bleh baik sepenuhnya. Mslhnya virus ni cepat dan mudah berjangkit.Cuma org xtau dan xnak ambil tau ap sebenarnya penyakit ni. Jd ramai org panik, takut x tentu pasal. Ini yg terasa hati skit.
InsyAllah, alhamdulillah setiap apa yang berlaku pasti penuh hikmah tanda kebesaran Allah swt. InsyAllah ia adalah sebagai salah satu kifarah dosa-dosa atas kelalaian dan kelekaan diri sendiri. Alhamdulillah banyak benda yang boleh dijadikan pengajaran atas apa yg dialami. Kita tau bagaimana keadaan sebenar yang berlaku atas pesakit-pesakit di hospital kerajaan. Bagaimana keadaan makanan dan minuman yang diberi di dalam wad-mungkin daripada xda sakit ap2 kita akan jatuh sakit. Keadaan ambulan yg daif dengan cara pemanduan yang sgt2 bhy. Prosedur mengurusan rawatan yang lemah. Saya percaya ramai yang baca blog ini merupakan pelajar yang akan bekerja di hospital kelak. Jadi adalah peranan kita untuk mengubah keadaan di hospital2 kerajaan. Bukan salah kerajaan sepenuhnya. Polisi kerajaan sangat baik tapi masalah utama adalah diperingkat perlaksanaan. Dan kitalah nant yang akan terlibat melaksanakan polisi2 kesihatan negara. Sekiranya kita bersikap acuh x acuh, kurang berdisiplin, maka kita pun akan tergolong bersama sebahagian mereka yang x sepatutnya bekerja di hospital di mana kepentingan pesakit diberi keutamaan.
Jika tak dimasukan ke hospital tempoh hari mungkin saya pun tak tau keadaan di hospital sebenarnya. Buat pemimpin-pemimpin besar, tokoh2 korporat, org2 ternama mereka mungkin sekali tidak berpeluang merasai apa yang dialami oleh rakyat marheng kerna mereka sudah pasti mendapat rawatan kelas pertama yang serba kondusif dan canggih.
Sekian. Wasalam. Terima kasih buat yang sudi membaca.
InsyAllah next post- Di luar lingkungan: antara dakwah dan keterbukaan dalam perjuangan.
Wednesday, June 10, 2009
Demokrasi dan politik
Tima ksh buat semua yg sentiasa memberi sokongan.
Alhamdulillah kebetulan ada sedikit masa yang senggang ini, sedikit coretan buat semua.
1. Kemampuan sesuatu parti politik untuk menarik dan mendapat sokongan rakyat adalah bergantung kepada kemampuannya untuk membentuk perspektif bahawa parti itu adalah yg terbaik serta sentiasa berjuang utk rakyat dan lawannya adalah sentiasa salah.
Maknanya, semakin kuat perspektif positif rakyat kepada sesuatu parti itu, semakin kuat sokongan terhadap parti politik tersebut.
2. Tetapi sebenarnya jika kita ingin mencari kebenaran parti politik mana yang terbaik kita tidak boleh bergantung pada perspektif yang dibentuk oleh parti tersebut. Kerna mungkib dari segi perspektif parti itu betul tapi sebenarnya ia mempunyai agenda yang sangat mendalam dan membahanyakan.
3. Sekiranya kita terus menyokong dan mengundi secara membuta tuli, kemungkinan besar parti yang tidak sepatutnya memerintah akan menang dalam sesuatu pilihan raya.
4. Demokrasi secara total tidak akan menjamin keadilan dan kebenaran dapat ditegakan. Kerna dalam demokrasi, parti yg berjaya membentuk perspektif yang positif akan berjaya memenangi hati rakyat, biarpun parti itu tidak layak undi diundi.
5. Amerika dan indonesia adalah contoh negara yang mengamalkan demokrasi secara total. Filem Conspiracy 13 menunjukkan bahagian gelap demokrasi. Pihak yang salah berjaya memenangi pilihan raya kerna berjaya membentuk perspektif parti lawannya adalah jahat, zalim. Manakala, dalam buku; 'Belajar dari Dua Umar: kenyangkan perut rakyat', penulis menceritakan kemampuan pihak-pihak musuh yang mampu memerintah melalui demokrasi secara total. Saya mencadangkan anda menonton filem dan membaca buku tersebut.
6. Biasaya demokrasi secara total melibatkan pemilihan presiden sesebuah negara sebagai pemimpin tertinggi dalam pemerintahan negara. Malaysia mengamalkan demokrasi yang raja berpelembagaan- dimana sultan adalah ketua negara. Kini, memang sudah terdapat usaha oleh pihak-pihak yang tertentu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara total.
7. Sebenarnya peranan Sultan adalah amat besar dalam menjamin kestabilan dan keharmonian negara ini.
8. Amat-amatlah diharapkan supaya kita sentiasa bersikap rasional dan sentiasa mencari kebenaran dalam menyatakan sokongan terhadap sesuatu parti politik. Jangan bersikap sokong secara membuta tuli.
9. Sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu, masyarakat perlu lebih menilai stiap sokongan terhadap sesuatu parti politik. Terlalu banyak isu, yang perlu difahami secara mendalam seperti, isu Hindraf, isu sokongan terhadap LTTE( pengganas di Sri Lanka), sokongan terhadap komunis, isu-isu di Perak dan Pulau Pinang, dan dll. Janganlah sesuatu hari nanti negara kita menjadi seperti Singapura.
terima kasih buat yg sudi membaca.
Sentiasa mencari kebenaran.
Thursday, April 2, 2009
Perjuangan: Antara Kuantan dan Bukit Gantang
Esok bermulah cabaran final exam utk sem terakhir tahun 2. Buat sahabat-sahabat semoga berjaya. Sekali gagal bukan bermakna selamanya kita akan gagal. Sebenarnya, kegagalan mengajar kita ketabahan dan kecekalan untuk bangkit semula. Kegagalan juga sebagai tazkirah peribadi yang menuntut kita keluar dari kelalaian dan kecuaian. Semua orang mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang dilahirkan tanpa perlu berusaha banyak dan ada pula yang perlu berusaha lebih. Semuanya adalah perancangan Allah dan apa yang pasti Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Allah melihat pada usaha kita bukan pencapaian kita. Semua itu adalah hak Allah. Lihat, betapa hebatnya Allah. Subhanallah.
Meski, dalam final exam kali ini ada pilihan raya kecil Bukit Gantung. Pilihan raya ini sangat-sangatlah penting buat masa depan agama dan negara. Sedih dan geram tak dapat pulang ke Taiping utk bersama2 membantu berkempen pada pilihan raya kali ini. InsyAllah, hari isnin ini akan ramai pemimpin yang terkemuka yang akan turun ke Taiping dan Bukit Gantang- teringin untuk bersama mereka berkempen kerna Allah untuk agama, masyarakat dan negara. Teringat pada masa tahun 1999 dan 2004, menaiki basikal membawa bendera mengelilingi kawasan perumahan. Kali ini, seperti sebelum-sebelum ini, mak juga terlibat dalam proses pengundian dan mengira undi. Rumah kami terletak hanya 2km dari kawasan parlimen Bukit Gantang. Tapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan yang penting sekarang adalah memberi sepenuh tumpuan pada pelajaran dan final exam. Tak guna klau kita asyik berpolitik tapi akademik tak kemana-dan jangan taksub kepada mana-mana parti politik-kebenaran dan keadilan harus ditegakkan serta disokong manakala kesalahan perlu ditegur secara berhikmah dan dibawa berbincang- Islam adalah prinsip bukannya alat. Akademik adalah masa depan kita dan tanggung jawab sebagai pelajar adalah perkara utama untuk diberi perhatian dan semuanya perlu dilakukan dengan ikhlas kerna Allah. Niat yang bukan kerna Allah adalah sia2. Dan amanah yang diberikan ini perlu dilaksanakan dengan adil, bertanggungjawab dan bersungguh2.
Buat sahabat-sahabat-gudluck xm-doakan kejayaan kita bersama. Kita dah masuk kulliyyah farmasi bersama-sama dan insyAllah kita perlu grad bersama2. Ayuh, mari kita bersama2 berusaha bersungguh2, doa dengan ikhlas dan tawakal dengan yakin. InsyAllah, Allah akan bantu hamba-hambaNya.
Buat pengundi-pengundi di Bukit Gantang dan dua lagi pilihan raya kecil-semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah-selamat mengundi.
Maaf atas tersalah kata. Terima kasih kerna sudi membaca.
Monday, March 16, 2009
Amanah
surah al-ahzab (72);
Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunang; tetapi semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka kwatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikul amanah itu oleh manusia. Sesungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh,
semoga menjadi renungan buat kita semua.
sungguh berat keputusan yang diambil tapi itulah hakikatnya.
Sunday, March 15, 2009
Rehlah batch di Sg Pancing
Tima ksh juga buat team catering yang diketuai oleh matmin- telah bertungkus lumus menyediakan makanan sama ada sebelum, semasa dan selepas rehlah. Buat mereka yang terlibat dengan catering, banyak benda dah belajar-seperti mengenal pasti antara halia dan lengkuas. Lepas 2, sampai ada kepala paip sinki dapur rumah yang patah. Tapi apa yang paling penting rehlah kali ni amat-amat mengajar kita erti tolong menolong. Sambil tolong potong ayam-main PES jap.
Alhamdulillah setakat ni dah dua kali kita buat rehlah dan kedua-duanya dalam keadaan hujan.Mungkin ini untuk melatih kita bersedia dengan cuaca sejuk supaya kita biasa dengan keadaan lecture hall kita yang sentiasa sejuk.
Buat masa ni keputusan pemenang-pemenang rehlah kali ni masih belum dapat diketahui lagi..kabar angin-group oren yang menang.
InsyAllah lepas ni, kita boleh buat rehlah yang lebih baik lagi. Mungkin lepas ni kita boleh buat rehlah di Pulau Redang plak ke. Tahniah sekali lagi buat komiti dan tima kasih buat semua yang hadir. Objektif tercapai.
Friday, March 13, 2009
Berita Dari Perak
Menurut beliau, usaha berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan rakyat mendapat peluang yang lebih luas untuk mengikuti pengajian dan menghafaz al-Quran.
''Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah.
''Buat masa ini tidak semua daerah mempunyai pusat tahfiz al-Quran, jadi kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat itu di semua daerah di seluruh negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus terbela," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul, pelancaran bulan dakwah dan penyampaian hadiah majlis hafazan peringkat negeri di sini hari ini.
Majlis berkenaan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Zambry pada masa sama memberitahu, kerajaan negeri akan memberi perhatian serius bagi memastikan setiap masjid dan surau yang sudah uzur dapat diperbaiki.
Beliau yang telah melawat beberapa buah masjid berkata, peruntukan khas bagi usaha itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Negeri supaya umat Islam dapat menjalankan ibadah dengan lebih selesa.
''Sehingga kini kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan lebih RM350,000 bagi membaik pulih Masjid Trong, Masjid Sultan Yusuf di Gunung Rapat dan sebuah masjid di Parit Buntar.
''Mana-mana masjid yang perlu diperbaiki akan diberi peruntukan itu kerana kerajaan negeri mahu memastikan setiap masjid dan surau sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz berkata, kawasan yang bakal mempunyai pusat tahfiz ialah Kerian, Manjung, Kampar, Lenggong, Gerik dan Kampung Gajah.
Katanya, pusat tahfiz itu akan diwujudkan secepat yang mungkin kerana ia merupakan perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri buat masa ini.
Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mac 2009
Datuk Dr. Zambry pernah menjadi ahli ABIM.
Wednesday, March 11, 2009
Pulang ke Taiping
Alhamdulillah hujung minggu lepas aku berjaya pulang ke kampung halaman-taiping setelah sekian tak berpeluang untuk pulang. Bertemu terutamanya mak abah, adik2, keluarga yang dirindui dan umumnya rakan-rakan seratas dan masyarakat di taiping, semanggol,bukit gantang, kuala kangsar dan ipoh membangkitkan kembali semangat untuk menyemarakkan perjuangan. Kerana jalan yang ingin aku pilih ini bukanlah jalan-jalan biasa. Aku tak mahu akan jalan-jalan biasa. Melihat orang-orang yang kita sayang akan mampu menguatkan semangat kita untuk kekal berjuang di jalan Allah.
Pulang ke taiping pada hujung minggu lepas tersangat-sangatlah penting kerna aku dapat merasakan aku akan menghadapi dugaan-dugaan yang besar seminggu dua lagi. Simptom-simptom dugaan itu sudah kelihatan sejak minggu lepas lagi. Mungkin dugaan- dugaan serta kepahitan ini adalah sebagai tazkirah kehidupan diatas dosa-dosa kelalaian dan kelekaan ataupun dugaan-dugaan ini adalah sebagai persediaan membentuk jiwa lebih yang kental, hati yang cekal untuk menghadapi masa depan yang amat mencabar.
Bukan aku tak pernah jatuh, malah kehidupan di seratas dan taiping telah banyak mengajar erti-erti kehidupan. Pengalaman belajar di Seratas- SEKOLAH MENGENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH-yang terletak di kaki bukit larut, ditemani bintang Zurule pada kedudukan 1719o – 1917o, cikgu-cikgu yang dikasihi,rakan-rakan yang amatlah membantu. Jika aku tidak berada di sana, tak mungkin aku akan berada di sini. Suasana di sini amatlah berbeza dengan suasana di sana kerna di sini memerlukan metod-metod dan strategi-strategi baru. Ya, betul..kita perlu berubah seiring dengan perubahan zaman tapi tanpa mengenepikan nilai-nilai Islam.
Masa untuk berehat telah sampai sebagai persediaan menghadapi bukan jalan-jalan biasa. Bila dah terlalu lama kita berlari, kita akan penat dan kita perlu berehat sekejap sebagai persedian untuk berlari lebih jauh dan lebih laju. Sebagaimana, tidur sekejap disiang hari yang mampu membangkitkan diri bertahajud di waktu malam. Alhamdulillah perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Wednesday, March 4, 2009
seloka cak kun cak
Tak dapat diambil kembali
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa
Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang
Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang
Kan dah rugi
diorang turajin..
Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih
Awak yang payang membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung
-Tan Sri SM Salim & M. Nasir-
Lagu ni penuh dengan makna2 yang tersirat dan tauladan.. klau dgr lagu ni cuba fahami liriknya..
Thursday, February 26, 2009
Bertemu YB Nizar Jamaluddin
Wednesday, February 18, 2009
tips to move fowards>>>
Forget the past-never turn back..take a breath..look and aim the future..and then move forwards..
Only stupid people will do the same mistakes twice or repeatedly...
Be strong and never give up in facing the challenges..
Focus in achieving the goals..
Remember Allah..
and sincere in actions-only due to Allah..
.19.
Sunday, February 8, 2009
Thursday, February 5, 2009
Kemelut Politik Perak
BN: 28
Bebas: 3
Pakatan Rakyat: 28
Ketiga-tiga adun bebas tersebut telah mengisytiharkan sokongan BN. Manakala, Dato Nasaruddin yang sebelum ini telah melompat parti ke PKR telah kembali ke BN. Apa yang berlaku sebaliknya tidak dapat dipastikan-mengapa adun-adun bertukar angin.
Jika BN, berjaya membentuk kerajaan negeri-komposisi exco pasti berbeza. Kalau tidak silap, hanya 2 daripada 31 adun BN + Bebas adalah kaum Cina dan selebihnya adalah Melayu. Maka kerajaan yang akan dibentuk, akan dikuasai UMNO. Berbeza dengan sebelum ini DAP.
Sebenarnya, pada pendapat saya, jalan yang terbaik dan adil untuk membentuk kerajaan negeri adalah dengan diadakan pilihan raya peringkat negeri bukannya dengan cara melompat parti. Buat masa ini, dua daripada tiga adun bebas tersebut masih dalam dakwaan rasuah. Jadi sekiranya, mereka didapati bersalah, kedua-dua dun tersebut perlu diadakan pilihanraya kecil. Maka kecelaruan politik akan terus berlaku.
Sememangnya, aktiviti melompat parti amatlah tidak wajar. Ada pengundi yang mengundi atas sentimen parti politik. Sepatutnya, tidak ada pihak yang melobi, menggunakan jalan belakang untuk membentuk. Mungkin kalau tidak timbul isu 16 september perkara ini takkan muncul. Mengapa perlu tergesa-gesa menukar kerajaan. Bukankah tugas wakil rakyat adalah untuk menabur bakti, membantu rakyat. Kita tidak perlu pemimpin-pemimpin yang tidak ikhlas. Sepatutnya semua parti bersikap rasional-mengiktiraf satu sama lain, perkara yang betul perlu disokong, kalau salah bawa berbincang, betulkan dengan secara berhikmah-terutamanya UMNO dan Pas. Kita perlu bijak berpolitik sebagaimana bijaknya orang Cina berpolitik. Agama, bangsa dan negara perlu didaulatkan.
Kita sedang menghadapi krisis ekonomi tetapi kita masih berebut kuasa.Ataupun memang sudah ditakdirkan krisis ekonomi akan diiringi krisis politik seperti tahun 1987/88 dan 1998/99. Tidak sangka dan sedih apabila krisis politik berlaku ketika Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyambut Jubli Perak pemerintahan baginda.
Saturday, January 24, 2009
Bantuan buat Hari Sukan Seratas 09
Assalamualaikum,
Salam sejahtera buat old boys and old girls SERATAS dan juga buat kawan-kawan yang mengunjungi blog saya ini.
Hari sukan tahun ini mungkin akan menjadi Hari Sukan yang paling muram dalam 26 tahun sejarah penubuhan sekolah. Buat masa ini, pihak sekolah telah memutuskan bahawa hari sukan kali ini tidak akan ada pemberian pingat kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara.Kemungkinan besar pemenang-pemenang hanya akan diumumkan pada hari tersebut. Bajet untuk pingat-pingat dan hari sukan telah ditarik.
Jika dahulu, kita, pelajar-pelajar berbangga dengan pingat-pingat yang dimenangi, dan digantung medal-medal itu diloker ataupun dirumah tapi kini mungkin kita gantung tie sekolah ataupun tudung je.
Jika dahulu, hari guru dan hari sukan adalah hari istimewa buat warga seratas, khususnya pelajar seratas, tapi kini segala-segalanya akan berubah. Jika dahulu, hari sukan-sukan diraikan dengan gilang-gemilang, pelajar-pelajar akan bertungkus lumus membuatkan yang terbaik buat rumah sukan masing-masing. Akan ada yang stay up siapkan bendera rumah, ataupun seminggu sebelum hari sukan akan ada latihan kawat-kawat. Hari sukan melambangkan kehebatan rumah-rumah sukan-GARUDA, ENGGANG, HELANG, RAJAWALI,-setiap tahun kita akan cuba pertahan kejuaraan rumah sukan kita tapi kini adik-adik (junior) kita mungkin tidak lagi akan merasa kemeriahan dan keseronokan hari sukan. Sebenarnya, sudah dua tahun hari guru diraikan tanpa kemeriahan, kini hari sukan giliran hari sukan plak.
Jadi, saya selaku wakil MEKAR(batch 19-spm2004), ingin memohon jasa baik kawan-kawan untuk bersama-sama memberi sumbangan kewangan untuk menaja pingat-pingat. MEKAR( Mengembalikan Kecemerlangan Remaja) adalah satu gerakan (organisasi) yang diasaskan oleh batch seratas yang kedua/ketiga sebagai inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar seratas. Buat masa ini alumni-seratas yang ditubuhkan oleh 1st batch masih dalam keadaan pasif dan kurang memberi sumbangan kepada seratas secara serius.
Tarikh Hari Sukan Seratas: 28/2/09
Dana yang diperlukan: RM3000( jumlah telah pastikan oleh penyelaras sukan tahunan)
seboleh-bolenya sumbangan sebelum 7 Februari 2009-supaya memudahkan pihak sekolah menempah medal.
Saya mencadangkan kita memberi sumbangan minimum RM10.00 dan boleh bank in ke akaun saya(CIMB):
0803-0000209-20-8 (mohamad Aizuddin b Mohamad Noor)
InsyAllah saya akan kemukakan laporan kewangan setelah selesai hari sukan.
Sila maklumkan kepada saya apabila anda telah bank in. 013-4495207
Sumbangan anda adalah amanah saya.
Tuesday, January 13, 2009
Perjalanan ini..
Jalan yang dipilih ini bukanlah jalan-jalan biasa
Bukanlah mudah seperti yang diimpikan
Kesusahan mengajar erti kehidupan
Kesibukan menghiburkan kesunyian
Perjalanan tanpa cita-cita dan impian adalah sia-sia
Hanya hati yang ikhlas menunjuk laluan
Buat masa lepas,
Rasa ingin kembali bersama
Terima kasih buat semua yang telah berada di sana..
Buat masa depan,
Semoga bertemu kita dalam rahmat Allah…
Dalam tinta-tinta kehidupan, perjuangan dan pengorbanan..