Wednesday, March 4, 2009

seloka cak kun cak

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Kan dah rugi
diorang turajin..

Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih

Dialah khazanah pintu terpilih
Awak yang payang membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

-Tan Sri SM Salim & M. Nasir-

Lagu ni penuh dengan makna2 yang tersirat dan tauladan.. klau dgr lagu ni cuba fahami liriknya..

4 comments:

AUTONAZINE said...

ape kate ko nyanyikan lagu ni. senang skt nak faham ape lagu ni maksudkan

mutiara bd said...

susah nak di fahami..

mungkin boleh interpret sikit

Anonymous said...

..nie main kasar nie weh..aku nak buat seloka padiyappa pulak r..hahaha

aizuddin mohd noor said...

sebenarnya lagu ni merujuk kepada sejarah org melayu terutamanya bermula dari zaman kesultanan melayu melaka hingga ke zaman sekarang.Jika dahulu kita hebat tp skang lain pulak cerita..lepas 2, tentang bangsa dagang, bangsa asing yg dtg dan menetap di sini dan akhirnya menguasai ekonomi, klau dgr lagu ni, SM Salim ada menyelitkan unsur2 sindiran tentang masyarakat masa kini..mcm rempit, etc..ap2 pun bg pendapat penulis faktor utama mslh masyarakat kita skang adlh kurangnya pegangan dan ilmu agama Islam..